Duniaku
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Duniaku

Duniaku duniamu

Terima kasih kerana mengunjungi Forum DuniaKu.Jika ada sebarang cadangan sila PM Admin.

You are not connected. Please login or register

Dari Meja Admin

Go down  Message [Page 1 of 1]

1Dari Meja Admin Empty Dari Meja Admin Tue Dec 15, 2009 10:20 am

MRmashi

MRmashi
Tuan Rumah
Tuan Rumah

Assalamualaikum,

Ke hadapan ahli-ahli duniakuyang dikasihi,

Demi kesejahteraan kita bersama dan demi keberkatan ilmu yang diberi dan dicari, maka saya berharap setiap ahli mengamalkan komunikasi yang beradab dan membina.

1. Jangan Flaming.

Jangan lawan api dengan api, tetapi lawanlah api dengan air (atau tepung CO2).
Kebodohan perlu diatasi dengan kebijaksanaan.

Hutang emas boleh dibayar dengan emas, tapi hutang darah tak perlu dibayar dengan darah, kerana ia akan menyemai rasa dendam yang berpanjangan dan diwarisi turun-temurun.

2. Rasional

Jadilah seorang yang rasional. Kritiklah dengan membina, tetapi jangan perlekehkan kawan yang ikhlas.
Jika dikritik, berhujahlah dengan matang. Berani kerana benar, insaf jika tersilap.

Jangan sombong dengan ilmu yang ada.
Berdiam diri itu sesungguhnya jauh lebih baik daripada berkata-kata yang boleh menyinggung orang lain.

3. Muafakat

Orang memberi kita merasa, kita mencaci orang merana.
Bantulah mereka yang memerlukan dan tunjukkan jalan yang betul kepada mereka yang sesat.


Renungkanlah. Semoga menjadi pedoman kepada kita semua.

Wassalam.

https://duniakublog.forumms.net

Back to top  Message [Page 1 of 1]

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum